Tuesday, September 6, 2011

Biskut Rayaku

Antara biskut rayaku yang popular pada tahun ini dikalangan kwan2 sekerja mahupun sanak saudara ialah
biskut ovaltine berjalur coklat...biskut ni sebenarnya telah ku ubahsuai dengan menjurai coklat...
kusertakan resepi  bagi yg ingin mencuba...


Bahan2nya:
250gm buttercup
120gm gula icing
120gm tepung superfine
120gm tepung jagung
100gm tepung naik sendiri
1/2 cawan ovaltine
1/2 cawan badam kisar
1 biji kuning telur
2sudu crisco
coklat masakan untuk dijalur atas biskut..

cara2nya...

buttercup,gula,crisco dipukul hingga kembang jangan lama sangat agak2 sebati  cukup masukkan kuning telur kacau...kemudian masukkan badam kisar dan ovaltine kacau lagi hingga sebati kemudian masukkan tepung sikit2 hingga habis...kalau doh lembut sangat tambah tepung superfine sikit2 sampai boleh diterap...selamat mencuba...

1 comment: