Saturday, June 8, 2013

Resepi Snow Cheese Cake

Kek ni memang senang sungguh nak buat dan sedap rasanya...Di atas permintaan teman2 di bawah telah disediakan resepi selamat mencuba...


Bahan-Bahan

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gm gula halus
100 gm tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
60 gm tepung jagung (maizena)
50 ml air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh ovelet
75 gm mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM

1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2).

UTK TOPPING

1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Friday, March 22, 2013

Demam Korea

Terlalu lama diri ini menyepi...kini kembali dengan demam drama korea...dulunya gila novel sekarang ni beralih angin jauh ke korea...antara drama2 yang tak boleh miss....
Drama2 yang menarik dengan konflik2 hebat....


NineNine Times Time Travel




Incarnation of Money