Dua hari ni diri ini sibuk menghadirkan diri ke majlis perkawinan anak kawan2...Majlis kenduri kahwin sekarang ni bertambah2 grand kalau berbanding majlis dulu2...tapi meriahnya tetap sama....
Zaman sekarang ni dah upgrade dari sudut pelaminnya,makan,pilihan pakaian pengantin,mak bapak pengantin dan jugak saudara2 terdekat pengantin....Fuhh...memang best la tengok...
Majlis perkahwinan anak lelaki Cikgu Maznah... Pelaminnya fuhh memang grand....
Nasi Kenduri..dari Umi Sheka cathering...
Majlis perkahwinan anak perempuan rakan sekerjaku...
Siap denagan pertunjukan silat cekak lagi...
Ada pulak band muzik tradisional live
Ibu dan bapak pengantin pastinya sedondon...
Ini pulak majlis perkahwinan anak perempuan kawan suamiku di Parit Buntar
Pengantin lelakinya pegawai Tudm..
Makanya pengantin pun lalu lah di bawah pedang....
Kek tiga tingkat....
Kalau hidangan kenduri di Parit Buntar pasti akan ada air asamnya...
Inilah Aksi suamiku bersama rakan2nya dibawah pohon nangka...perut pun dah kenyang ...